top of page

About Me

Assalammualaikum wbt...

 

Selamat datang ke page saya Journal Homeschooling EanaAziz.Nama saya Raihana Abdul Aziz.Dilahirkan di Hospital Tangkak, Johor pada 15 Februari 1987.Saya berasal dari Tangkak, Johor dan merupakan anak sulung dalam keluarga saya.

 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Felda Keratong 8 dan Felda Selancar 1. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan.Dari sekolah ini lah saya mendapat 'nickname' sebagai 'Ean' kerana panggilan 'Ana' dari sekolah rendah terlalu ramai yang menggunakannya.Setelah habis SPM saya ke Matrikulasi Kuala Pilah (KMNS) untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Tulen.Namun selepas itu saya ditawarkan mengambil lesen kejuruteraan dalam bidang penyelenggaraan pesawat di Malaysia Airlines Training Centre (METC) dan berjaya menjadi seorang jurutera penyelenggaraan pesawat di syarikat Malaysia Airlines selama 3 tahun.

 

Atas faktor ekonomi dan krisis dalam syarikat saya telah terpilih untuk ditamatkan perkhidmatan sebagai jurutera pada tahun 2015.Dan sekarang saya merupakan suri rumah sepenuh masa menjaga putera syurga kami yang masih satu bertempat di Kijal, Terengganu.

 

Saya percaya, apa yang terjadi dalam hidup kita ini bukanlah sesuatu yang sia-sia.Setelah duduk dirumah selama 4 bulan selepas diberhentikan, saya mencari-cari diri dan tujuan hidup saya ini.Sehingga saya terpanggil untuk mendidik anak saya sendiri di rumah ataupun "homeschooling".Saya memilih cara ini untuk anak saya dan juga mengubah hidup dan diri saya bersama anak.Semoga journal perkongsian ini menjadi perkara bermanfaat kepada saya dan sesiapa juga membacanya.

 

Terima kasih selagi lagi kerana melawat page Journal Homeschooling EanaAziz. Segala nasihat, teguran dan cadangan saya amat alu-alukan untuk membaiki diri yang serba lemah dan kekurangan ini.Selamat membaca.Wassalam..

Majlis Ilmu.
di sini saya akan menyenaraikan majlis-majlis ilmu yang anda boleh hadiri dari institusi yang menganjurkannya sekitar Malaysia.Segala maklumat majlis akan di isikan di ruangan bawah.

TBA

bottom of page